peRjAlaNaN kAmi

Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 20, 2012

Rumput dan Matahari nya.

Rumput yang layu tidak bermaya masih menunggu matahari nya tiba. Di kala penantian itu terlihatnya sinar yang lama dinantikan itu muncul menyinari alam. Sinar yang di anggapkan telah pergi itu muncul bak gelora yang tidak terduga kan bila hadirnya. Hati menjadi riang menikmati saat-saat indah bersama matahari itu. Walau sekilas senyum terukir sudah cukup bagi nya untuk rasa gembira. Namun, hati yang indah berbunga selalu tidakkan kekal lama. Setiap kebahagiaan pasti akan muncul saat pedihnya. Tiba lah saat ketika matahari itu pergi, rumput baru sahaja rasanya menikmati kembali saat indah bahagia terasa berat untuk mengucapkan salam yang terakhir. Akhir nya perginya matahari tanpa bersua dengan nya. Biar pun begitu, rumput sentiasa berharap matahari akan terus dapat menyinar dan memberi sinar bahagia ke seluruh alam dan terutama menikmati hari-hari dengan bahagia. Rumput sentiasa berharap agar itu bukan lah penamat cerita mereka dan menanti saat untuk bersua kembali. Mungkin sebagai teman sejati, andai itu takdir mereka kerana mengasihi tidak semestinya memiliki. Cukuplah sekadar doa yang sentiasa mengiringi. Selamat lah wahai matahari, ungkapan terakhir di hati rumput sebelum ia juga pergi.

Di sini aku

Di sini aku bertemu mereka
Bersusah bersama
Gembira bersama

Di sini aku belajar bersama
Di sini aku keluar bersama
Di sini aku makan bersama

Segala kegembiraan wujud di sini
Segala pahit ku telan di sini
Segala pedih ku tahan di sini

Di sini bumi yang tiada apa
Tetapi di sini ada mereka dan dia
Di sini juga kami bersama

Hati berbunga aku di sini
Tidak ku sangka indah sebegini
Sampailah tiba masa nya pergi

Pergi berpisah dari sini
Hati pedih meninggalkan sini
Entah bila kan bertemu kembali
Mungkin bersua atau pun tidak
Tetapi di sini sentiasa di hati
Kenangan sejati tidak terbeli
Semoga ia kekal abadi.

Tuesday, December 20, 2011

Kesilapan menterjemah ejaan


Burung Pegar

Sawah belakang rumah saya.



"Tahukah anda tiada PAGAR yg makan padi. Yg ada cuma burung PEGAR; yg berfungsi menghalau haiwan perosak tanaman padi. Pepatah yg betul:

Harapkan pegar, pegar makan padi.

Kesilapan berlaku ketika menterjemah ejaan jawi kepada rumi.

هرفكن فكر, فكر مكن فدي

-- Dr. Burhanuddin Helmi"

ARIFF ALFIAN ROSLI - Perkahwinan Gay Malaysia







Perkahwinan pertama yang menggegarkan Malaysia lebih gegar dari perkahwinan artis-artis dan golongan VVIP. Dengan membawa imej penampilan pakaian pahlawan melayu ke internationale.

Fakta kes:
1. Mengikuti pengajian medical di Dublin dengan tajaan Petronas.
2. Tidak dapat di hubungi sejak 3 tahun
3. Petronans memfailkan saman menuntut wang pengajian lebih RM890,000 daripada bapa Ariff sebagai penjamin pertama kerana Ariff tidak meneruskan pengajian.

Fakta-fakta cerita ini dengan details, saya rasa anda boleh dapat dengan berleluasa tetapi disini ada isu yang penting perlu di bincangkan kerana bagi saya ia merupakan perkara yang penting.

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan isu perkahwinan ini, ramai yang melenting, ramai yang memaki, ramai yang menghina. Apakah perkara yang paling penting perlu kita lakukan?.

Kita sepatutnya haruslah cuba menyelami, memahami mereka. Mereka juga adalah manusia. Memahami tinkah dan sebab musabab mengapa mereka berkelakuan begitu dan terus memberikan dorongan. Apa yang selalu di lihat, golongan seperti mereka ini selalu di asingkan dari masyarakat. Malah mereka di herdik, dihina. Tidakkah mereka juga manusia? Mereka juga ada hak untuk hidup.

Tanggungjawab kita sebagai ahli masyarakat adalah merapati mereka, menyelami mereka, menarik mereka kembali dan membimbing mereka kerana mencegah itu lebih baik dari mengubati

Indah..

Sinarnya menyapu halaman muka,
Kerapnya berlalu begitu sahaja,
Tidak di sangka cahaya kembali,
Mengharapkan ceria terukir senyuman.

Oh indahnya,.

Indahnya cahaya tidak seperti,
Sekelumit jatuh dari harapan,
Memaksa senyum terus terukir,
Indahnya tetap masih ada.

Oh indahnya..

Pulangnya jiwa dengan ceria,
Hati berbunga berbau syurga,
Indah cahaya sudah kembali,
Mengharap bersua bertentang lagi.

Monday, August 15, 2011

Merangkak lagi berhingus

Salam,
Sebenarnya saya masih baru bermula langkah di ebay. Saya rasa sangat beruntung kerana di perkenalkan dengan jalan perniagaan internet ini. Kini saya sudah mula sangat meminati bidang Internet Marketing ini. Dalam setahun jagung dan masih lagi menambahkan ilmu pengetahuan, saya juga mula mengajar seorang sepupu bagaimana dia boleh bermula dengan eBay dan mencari pendapatan sampingan ketika belajar sebagai permulaan. Ketika ini juga, saya sedang berusaha menulis eBook untuk berkongsi pengalaman yang tak seberapa ini. Cadangan nya eBook ini saya akan berikan percuma kepada insan-insan yang benar-benar mahu melakukan sesuatu untuk merubah nasib atau lebih terutama kepada pelajar ipt yang merasai kesempitan seperti saya. Walaupun saya tidak berjaya lagi, mungkin dengan perkongsian basic untuk bermula di eBay ini boleh melahirkan lebih ramai orang muda berjaya, Semoga segala usaha yang di lakukan dan di rancang sentiasa berjalan lancar kepada semua IMer lebih specific kepada ebayer. Otai-otai IM di luar sana, saya ni newbie minta bantuan pak. Betul kan saya jika tersilap kerana saya masih berhingus. (Tengah kesat hingus hehe)

Teguh Menuju Jaya

Saya tengah melayan lagu Anuar Zain, Syahdu nya suara dia hehe..
Kasih ku ku amat mencintai kamu...
Penuh perasaan betul, kadang-kadang seronok jugak melayan feeling tengah-tengah malam ni.
Kerna kau beri arti hidup..
Ku kan terus mencinta, sedetik lebih~~
Sumpah selama nya~~

Okeh dah lama tak bernukilan dari hati, saya cuba ya~

Berterbangan daun di tiup bayu
Mendungnya malam memendam bulan
Malam yang dingin di iringi rintis hujan halus
Tersentap seketika dek kesejukan
Keseorangan diri ini memikir jauh kehadapan
Membayangkan langkah yang di atur adakah kepincangan?
Lalu dipahat keberanian dibenamkan ketakutan
Walau tergelincir jatuh dari landasan kita mampu bangkit
Langkah demi langkah yang terlukis di jalanan akan padam jua di cuci alam
Jangan lah sesekali berpaling apabila sudah bermula
Teruskan lah langkah itu walaupun terbit ranjau di permukaan landasan
Walaupun di cabar gelora teguhkan jiwa
Mukjizat nya kejayaan bagi keteguhan itu.