peRjAlaNaN kAmi

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 26, 2011

List tamat, list lagi

Assalamualaikum, salam sejahtera (cehh mcm baca berita lak)
Hari ni listing tamat untuk akaun ke-2,sold 8 item jeh..dan malam ni jugak (tadi la maksudnya) aku telah withdraw dari paypal sebanyak RM500 lebih. Jadi total sales sekarang bernilai RM1000 lebih sikit atau lebih kurang haha.
Malam ini juga aku telah list kan lagi 15hari yang akan tamat dalam 5 hari. Perancangan aku, aku akan buka lagi 2 akaun lagi dalam minggu ni atau minggu depan untuk menggandakan lagi pendapatan ku.
Semoga segala usaha berhasil.
Hari ni baru je dapat tip-tip berharga dari sifu melalui telefon. Besok akan pergi beli barang.
Bye-bye..

Monday, July 25, 2011

Update sales utk 1st week.


Assalamualaikum,
Hari ni saya nak update sales untuk hari ni supaya merangsang anda yang baca (walaupon tau xde yang bc haha) supaya berani mencuba hehe.
Sila rujuk gambar di atas ye:
Ini adalah statement paypal saya yang dah tunjuk hari tu.
a) Ada buyer baru bayar 23aud selepas saya dah withdraw duit hari tu, saya akan simpan dulu kumpul sampai RM400 keatas baru saya keluarkan sebab paypal mengenakan sedikit caj bg amount yang kurang RM400, satu lagi sebab takut kena limit. Ini pengalaman dulu saya penah kena limit dan juga based on pembacaan dari sifu2 depa kata kalo nak selamat tunggu duit dah Rm800 baru kuar kan tapi saya gamble jelah. Bak rakan seangkatan saya, kalau takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai hehehe.
Ok kalau anda tengok anak panah yang saya tunjuk tu, buyer bayar 23Aud tapi jumlah kat account paypal adalah 21.80Aud, ni lah cara dorang cari makan. Rasa nya fee ni memang tak boleh elak atau saya tak tau lagi nak elak macamane haha. Ok takpelah dorang pon nak pakai mercedes macam kita gak haha.
b) Withdraw saya dah complete. YEAAAHHHHHHH!!!
Maksudnya macam permohonan anda telah di luluskan lah, tapi kena tunggu 2 or 3 hari untuk process masuk tu hehe..Hari rabu masuk lah ni hehe

Ok lah yang statement (c) adalah sales untuk account ebay yang 1 lagi tengah run jugak hehe. Tapi listing tak abis lagi tu, ada lagi 3 barang lagi je tinggal dalam listing tu. Menjelang malam ni listing period abis (Saya set listing 5 hari). So lagi 3 je tinggal harap-harap semua habis hehe.

So untung saya setakat ni saya anggarkan dalam RM500. Sikit? Alhamdulillah lah, bukan buat keje berat pun hehe. Sampai di sini sahaja dari bilik berita.

Kalau nak banyak info pasal ebay:

Baca dan mendalami forum ni, forum ni banyak ilmu yang anda perlu kan. Kalau khatam baca ni, sure power hahaha


Friday, July 22, 2011

I am Internet Marketer (IM)

Its been a while, dah lama tak update blog ini. Selama ni merapu-rapu, kali ni lain. Kali ni saya nak kongsi sesuatu yang tak ramai orang tahu sebenarnya. Rahsia ketuk laptop keluar duit hehehe. Mungkin ini adalah tajuk Ebook yang saya merancang akan buat kerana tersangat lah nak berkongsi. Ramai student seperti saya sendiri susah ketika belajar, wang saku RM300 sebulan cukup-cukup untuk makan sehari RM10, belum campur kos rokok. Adoi..haha..Masa practical training dapat allowance RM400 sebulan. Tengah bulan dah risau-risau, sebab saya bukan dari golongan berada. Tetapi masalah ni mungkin boleh selesai jika kita tahu. Ini lah jalan nya, jalan perniagaan masa hadapan. Jika anda tengok gambar, itu adalah gambar yang di ambil dari page paypal saya. Saya baru je withdraw, masih dalam proses transfer ke bank. Jumlahnya RM600 lebih sikit. Tapi itu adalah hasil jualan yang tak sampai seminggu. Untung saya lebih kurang dengan jumlah allowance RM400 sebulan. Anda rasa sikit? Saya peduli apa, saya rasa bersyukur. Sejak didedahkan oleh rakan-rakan, saya berazam untuk mencuba bidang internet marketing ini sendiri, langkah saya bermula selepas habis practical training. Dah lepas sebulan baru dapat macam ni kenapa? Sebab nya saya melalui berbagai dugaan. Account ebay kena suspen, paypal limitkan account. Listing tak laku. Sekarang anda dah tahu saya meniaga di ebay kan?. Ebay bagi pandangan saya dulu adalah tempat orang abiskan duit je, sekarang adalah lubuk emas. Macam-macam lagi peluang di internet lagi jika nak cerita tak habis. Tapi nasihat saya, mencuba ebay perlu belajar, perlu sabar. Ebay bukan nya semudah di sangka, tapi akan mudah jika mengetahui nya.Ok

Saya habiskan dalam 5 hari ni, paling lama 30minit ke sejam untuk ebay sehari didepan laptop. Tapi paling lama pun masa nak list kan barang. Hari lain sekejap je bukak email tengok ada yang beli ke tak, kalau lama pun buat research barang nak jual ada market ke tak( sebab tetiba datang idea nak jual barang lain ni hehe)

Ok lah saya pon tau follower saya ada sorang 2 je, tapi kat korang lah saya nak kongsi sebenarnya. Doakan saya terus berjaya, sekarang tengah tunggu account no3 abis listing. Kalau account no3 ni pon abis macam account no1 ni, macam dapat 2 bulan practical allowance dari Aftaas lah gamak nya. hehe. Ok see u in next post TQ, Assalamualaikum