peRjAlaNaN kAmi

Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 13, 2010

selamat hari raya

salam hari raya kepada yang sudi membaca blog ini.

tiada apa yang mampu aku berikan dalam keadaan begini melainkan ucapan maaf dan berbahagia kepada sesiapa yang pernah terlibat dalam hidup. maaf andai kehadiran ini mengganggu kehidupan anda. tidak terniat untuk mengganggu tapi cuma untuk mencari kebahagiaan yang mungkin seketika. tapi kini aku sudah faham, inilah lumrah hidup. kita harus menerima hakikat fakta yang hakiki.

di hari raya ini banyak harapan yang terbuku di hati. andai dapat di kecapi, alhamdulillah.

pelbagai cerita di pagi raya, kepada yang berbahagia di hari raya beringat dan bersyukurlah bahawa ada segolongan yang berduka. ayuh kita sedekah kan alfatehah kepada yang sudah tiada semoga roh mereka di cucuri rahmat hendaknya. yang perhi tetap akan pergi, yang hidup teruskan lah perjalanan hidup ini.

akhir kata, semoga kehadiran syawal kali ini bakal membawa seribu rahmat, kebahagiaan, dan rezeki kepada kita semua.

kepada kenalan-kenalan tadika islam naim,sri hira',mtaqhira', smi hira',smk ski,uitm seri iskandar, uitm arau, all skaterz who knows me, kaum-kaum keluarga, sahabat kenalan yang di luar kategori...selamat hari raya kepada anda semua.thanx