peRjAlaNaN kAmi

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 20, 2011

Kesilapan menterjemah ejaan


Burung Pegar

Sawah belakang rumah saya.



"Tahukah anda tiada PAGAR yg makan padi. Yg ada cuma burung PEGAR; yg berfungsi menghalau haiwan perosak tanaman padi. Pepatah yg betul:

Harapkan pegar, pegar makan padi.

Kesilapan berlaku ketika menterjemah ejaan jawi kepada rumi.

هرفكن فكر, فكر مكن فدي

-- Dr. Burhanuddin Helmi"

ARIFF ALFIAN ROSLI - Perkahwinan Gay Malaysia







Perkahwinan pertama yang menggegarkan Malaysia lebih gegar dari perkahwinan artis-artis dan golongan VVIP. Dengan membawa imej penampilan pakaian pahlawan melayu ke internationale.

Fakta kes:
1. Mengikuti pengajian medical di Dublin dengan tajaan Petronas.
2. Tidak dapat di hubungi sejak 3 tahun
3. Petronans memfailkan saman menuntut wang pengajian lebih RM890,000 daripada bapa Ariff sebagai penjamin pertama kerana Ariff tidak meneruskan pengajian.

Fakta-fakta cerita ini dengan details, saya rasa anda boleh dapat dengan berleluasa tetapi disini ada isu yang penting perlu di bincangkan kerana bagi saya ia merupakan perkara yang penting.

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan isu perkahwinan ini, ramai yang melenting, ramai yang memaki, ramai yang menghina. Apakah perkara yang paling penting perlu kita lakukan?.

Kita sepatutnya haruslah cuba menyelami, memahami mereka. Mereka juga adalah manusia. Memahami tinkah dan sebab musabab mengapa mereka berkelakuan begitu dan terus memberikan dorongan. Apa yang selalu di lihat, golongan seperti mereka ini selalu di asingkan dari masyarakat. Malah mereka di herdik, dihina. Tidakkah mereka juga manusia? Mereka juga ada hak untuk hidup.

Tanggungjawab kita sebagai ahli masyarakat adalah merapati mereka, menyelami mereka, menarik mereka kembali dan membimbing mereka kerana mencegah itu lebih baik dari mengubati

Indah..

Sinarnya menyapu halaman muka,
Kerapnya berlalu begitu sahaja,
Tidak di sangka cahaya kembali,
Mengharapkan ceria terukir senyuman.

Oh indahnya,.

Indahnya cahaya tidak seperti,
Sekelumit jatuh dari harapan,
Memaksa senyum terus terukir,
Indahnya tetap masih ada.

Oh indahnya..

Pulangnya jiwa dengan ceria,
Hati berbunga berbau syurga,
Indah cahaya sudah kembali,
Mengharap bersua bertentang lagi.