peRjAlaNaN kAmi

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 15, 2010

rumput...

tatkala rumput yang semakin layu akibat kehilangan cahaya matahari yang selalu mendung, akhirnya kelihatan cahaya sedikit demi sedikit. walupun tidak banyak tetapi cukup untuk rumput meneruskan nafas yang semakin sesak. bangkitnya rumput tidak drastik, adakalanya segar ada kalanya layu. tetapi rumput masih bersyukur kerana masih ada ruang untuknya bernafas walaupun hanya sekecil zarah. hatinya yang terkadang murung tetap akan muncul kegembiraan apabila terlihat kilauan sinar cahaya matahari.
teruslah matahari menyinari hendaknya.

kehidupan

andai kata kita tahu dimana noktahnya hidup ini adakah akan kita hargai setiap detik yang akan kita lalui?
kehidupan ibarat roda.. ada masanya kita akan gembira, ada ketikanya kita akan berduka. tatkala kegembiraan dan kebahagiaan itu mula lenyap dari hidup kita, kekecewaan yang amat melanda hati ini. jika kita tahu oni yang akan berlaku lebih baik tidak di temukan dengan kebahagiaan yang hanya datang seketika ini.. itulah lumrah hidup, kita akan berduka setelah bahagia, kita akan bahagia setelah berduka.

kehidupan ini bukan lah untuk kita mengelak dari kekecewaan, tetapi fahami lah kita akan ketemu bahagia andai kita mencari nya. renung-renungkan dan selamat beramal~