peRjAlaNaN kAmi

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 10, 2011

nilai?

jika hendak di nilai cinta kami?
tidaklah dapat di nilai..
kerana..
ia lebih banyak berbanding pasir di pantai..
ia lebih dalam berbanding lautan pasifik..
ia lebih tinggi berbanding gunung yang tiada kemuncak..
andai berpisah cinta kami..
ibarat malapetaka besar melanda dunia..
kerana aku adalah dia..
dia adalah aku..
kami seharusnya bersama,
kerana itulah lumrahnya..
walau sekencang laut bergelora,
sekuat guruh berdentum..
laut itu pasti kembali tenang..
langit pasti kembali cerah..
cerah menyinar bersama cahaya kasih sayang..
ini bukan sekadar metafora..
ini bukanlah propaganda..
tetapi inilah realiti pasti..
pasti yang menyatakan isi hati..
isi hati aku kepada si dia yang tercinta..

Tuesday, February 8, 2011

layu, sayu.. Bahagia

Rumput itu semakin layu mengharapkan cahaya yang sudah sekian lama tidak menjelma. Lama kelamaan mungkin kekeringan tetapi terkadang segar semula mendapat tempias cahaya yang sipi-sipi terkena tubuhnya. Segar?. Untuk berapa lama boleh bertahan?. Itu tidak menjadi persoalan bagi si rumput, dia juga tidak mengharapkan 12jam perhatian matahari. Sekadar beberapa ketika mendapat tempias matahari sudah cukup membahagiakan hatinya. Penantian mencari peluang, peluang dicari entah dimana. Penantian dengan senyuman.

Cinta, maaf, dan kehidupan

Cinta ku adalah kamu,
yang terukir di hati,
mengalir di setiap alur darah,
meresap ke jantung,
di pam keseluruh tubuh,
sebagai daya untuk meneruskan kehidupan,
maafi ku,
dan teruslah menyebarkan cinta,
agar aku dapat terus mengejarmu sentiasa.