peRjAlaNaN kAmi

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 15, 2011

Merangkak lagi berhingus

Salam,
Sebenarnya saya masih baru bermula langkah di ebay. Saya rasa sangat beruntung kerana di perkenalkan dengan jalan perniagaan internet ini. Kini saya sudah mula sangat meminati bidang Internet Marketing ini. Dalam setahun jagung dan masih lagi menambahkan ilmu pengetahuan, saya juga mula mengajar seorang sepupu bagaimana dia boleh bermula dengan eBay dan mencari pendapatan sampingan ketika belajar sebagai permulaan. Ketika ini juga, saya sedang berusaha menulis eBook untuk berkongsi pengalaman yang tak seberapa ini. Cadangan nya eBook ini saya akan berikan percuma kepada insan-insan yang benar-benar mahu melakukan sesuatu untuk merubah nasib atau lebih terutama kepada pelajar ipt yang merasai kesempitan seperti saya. Walaupun saya tidak berjaya lagi, mungkin dengan perkongsian basic untuk bermula di eBay ini boleh melahirkan lebih ramai orang muda berjaya, Semoga segala usaha yang di lakukan dan di rancang sentiasa berjalan lancar kepada semua IMer lebih specific kepada ebayer. Otai-otai IM di luar sana, saya ni newbie minta bantuan pak. Betul kan saya jika tersilap kerana saya masih berhingus. (Tengah kesat hingus hehe)

Teguh Menuju Jaya

Saya tengah melayan lagu Anuar Zain, Syahdu nya suara dia hehe..
Kasih ku ku amat mencintai kamu...
Penuh perasaan betul, kadang-kadang seronok jugak melayan feeling tengah-tengah malam ni.
Kerna kau beri arti hidup..
Ku kan terus mencinta, sedetik lebih~~
Sumpah selama nya~~

Okeh dah lama tak bernukilan dari hati, saya cuba ya~

Berterbangan daun di tiup bayu
Mendungnya malam memendam bulan
Malam yang dingin di iringi rintis hujan halus
Tersentap seketika dek kesejukan
Keseorangan diri ini memikir jauh kehadapan
Membayangkan langkah yang di atur adakah kepincangan?
Lalu dipahat keberanian dibenamkan ketakutan
Walau tergelincir jatuh dari landasan kita mampu bangkit
Langkah demi langkah yang terlukis di jalanan akan padam jua di cuci alam
Jangan lah sesekali berpaling apabila sudah bermula
Teruskan lah langkah itu walaupun terbit ranjau di permukaan landasan
Walaupun di cabar gelora teguhkan jiwa
Mukjizat nya kejayaan bagi keteguhan itu.