peRjAlaNaN kAmi

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 15, 2011

Merangkak lagi berhingus

Salam,
Sebenarnya saya masih baru bermula langkah di ebay. Saya rasa sangat beruntung kerana di perkenalkan dengan jalan perniagaan internet ini. Kini saya sudah mula sangat meminati bidang Internet Marketing ini. Dalam setahun jagung dan masih lagi menambahkan ilmu pengetahuan, saya juga mula mengajar seorang sepupu bagaimana dia boleh bermula dengan eBay dan mencari pendapatan sampingan ketika belajar sebagai permulaan. Ketika ini juga, saya sedang berusaha menulis eBook untuk berkongsi pengalaman yang tak seberapa ini. Cadangan nya eBook ini saya akan berikan percuma kepada insan-insan yang benar-benar mahu melakukan sesuatu untuk merubah nasib atau lebih terutama kepada pelajar ipt yang merasai kesempitan seperti saya. Walaupun saya tidak berjaya lagi, mungkin dengan perkongsian basic untuk bermula di eBay ini boleh melahirkan lebih ramai orang muda berjaya, Semoga segala usaha yang di lakukan dan di rancang sentiasa berjalan lancar kepada semua IMer lebih specific kepada ebayer. Otai-otai IM di luar sana, saya ni newbie minta bantuan pak. Betul kan saya jika tersilap kerana saya masih berhingus. (Tengah kesat hingus hehe)

No comments:

Post a Comment